Perayaan Loy Krathong (Bahasa Thai: ลอยกระทงcode: th is deprecated , IPA: [lɔːj kràʔ tʰoŋ]; Jawi: لوي كراثوڠcode: ms is deprecated ) merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut agama BuddhaSiam yang disambut semasa bulan purnama pada bulan 12 takwim qamari Thai. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana Loy bererti mengapung dan Krathong bererti bekas daun pisang berbentuk teratai.
Perayaan tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan Siam) menunjukkan rasa berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi dengan bunga, duit syiling, lilin dan colok.
Penganut Buddha (keturunan Siam) percaya bahawa Krathong mampu mengelakkan nasib malang, dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.