Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu

Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu
GenreKomedi
Romatik
Ditulis olehNorsyiella Annuar
PengarahFazlisham Mat Hussin
Dibintangi oleh
Nora Danish
Sabri Yunus
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Syarikat penerbitan
Red Bean Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Sooka
Siaran asal19 Julai 2024

Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu ialah sebuah drama komedi bersiri televisyen Malaysia arahan Issey Titan dibintangi oleh Nora Danish dan Sabri Yunus. Drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Warna & Sooka pada Jumaat, 19 Julai 2024 jam 9 malam.

Drama bersiri ini menjanjikan hiburan yang penuh dengan komedi dan konflik menarik. Mengisahkan pertembungan antara dua negeri pantai timur Malaysia yang terkenal dengan keunikan nasi dagang mereka – Kelantan dan Terengganu.[1]

Sinopsis

Stopa yang sudah bertahun lamanya memperjuangkan Nasi Dagang Kelantan di KL, terancam dengan kehadiran Danial yang membuka kedai Nasi Dagang Terengganu bersebelahan dengan kedainya.

Pembukaan cerita dengan pengenalan kedai ‘Nasi Dagang Sek Kito’ dari kelantan, dimiliki oleh Stopa (Sabri Yunus) otai Kelantan yang sudah bertapak di KL selama 23 tahun, hampir sama usia anaknya Sarah.

Cerita menjadi semakin menarik ketika kemunculan seorang lelaki 'Ganu' yang digelar Daniel (Kimal), sebagai pelanggan baru mereka dan tidak lama kemudian membuka kedai nasi dagang di betul-betul bersebelahan kedai Stopa, nama kedai diberi ‘Nasi Dagang Sek Kiter.’

Ini menciptakan persaingan antara Stopa dari Kelantan dan Daniel dari Terengganu. [2]

Idea Asal

Idea asal drama ini timbul selepas seorang teman Issey yang datang beraya di Rumah Issey dari terengg [3]

Pelakon

Pelakon utama

  • Kimal Mokhtar sebagai Rasdan "Daniel",Pemilik Nasi Dagang Sek Kite dan pesaing kepada Stopa .Beliau berpakaian seperti ala 70 an.
  • Adrina Kamaruddin sebagai Sarah Mustafa,Anak tunggal Stopa yang membantu gerai bapanya
  • Sabri Yunus sebagai Mustafa "Stopa"Mansor,Pengusaha Nasi Dage Sek Kito yang sudah berniaga 23 tahun dan Bapa kepada Sarah
  • Nora Danish sebagai Mek La Chendering,Tukang Masak Nasi Dagang Sek Kite yang ingin jadi model namun mempunyai hati dengan Daniel
  • Issey Titan sebagai Jali,Pekerja Stopa yang dahulu hidup sebagai penagih dadah kemudian bekerja di gerai Stopa
  • Mek Yun sebagai Dong "D"Mei Chua ,kawan Sarah yang juga asal dari Kelantan
  • Waqqari sebagai Jeming Besut,Pembuat air untuk gerai Daniel dan Stopa
  • Aswad Jalil sebagai Mat John,Adik Mek La
  • Adam Amri sebagai Meri Gigi,Adik Daniel
  • Pelakon Pembantu
  • Gesya Shandy sebagai Asmaradana
  • Angeline Tan sebagai Che Yam
  • Zalif Sidek sebagai Merang
  • Asrulfaizal sebagai Hanafi
  • Kodi Rasheed sebagai Grenggo

Trivia

1.Penampilan sulung lima pelakon drama ini (Adrina,Kimal,Adam,Aswad,Mek Yun) ,menurut Issey dalam majlis pelancaran pemilihan dibuat kerana berdasarkan latar belakang dua negeri dan lain-lain.Contohnya Adrina dipilih ketika beliau menyertai Dewi Remaja 2023,Issey meminta seseorang untuk beliau marah dalam dialek Kelantan akhirnya menjadi.

2.Penampilan free hair terakhir Nora Danish sebelum berhijab pada pertengahan Julai 2024.

3.Kebanyakan babak menggunakan kedua-dua dialek Kelantan dan Terengganu,Nora berkata beliau berlatih asas dialek Terengganu dengan bantuan Aswad Jalil yang juga DJ THR Gegar turut asal negeri itu.

Rujukan

  1. ^ Fariz (2024-07-10). "Perang Nasi Dagang Kelate Vs Ganu Astro Warna". Fariz - Dot My. Dicapai pada 2024-07-22.
  2. ^ "Drama Perang Nasi Dagang". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-20. Dicapai pada 2024-07-22.
  3. ^ Mahmud, Farihad Shalla (19 Julai 2024). "Kecoh nasi dagang jadi drama". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2024.