Penyerahan kalah, dalam istilah ketenteraan, adalah penyerahan kawalan terhadap wilayah, kombatan, perkubuan, kapal atau persenjataan kepada kuasa lain. Penyerahan kalah boleh dicapai dengan aman, tanpa pertempuran, atau mungkin akibat kekalahan dalam pertempuran. Sesebuah negara berdaulat boleh menyerah kalah berikutan kekalahan dalam sesuatu peperangan, biasanya dengan menandatangani perjanjian damai atau perjanjian perletakkan senjata. Penyerahan kalah medan pertempuran, samada oleh individu atau diarah oleh pegawai, lazimnya menyebabkan mereka yang menyerah menjadi tawanan perang.