Buku Penyelewengan Ajaran Qadiani ditulis oleh Farawahida Mohd Yusof dan Siti Ramlah Ibrahim dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 30.00. Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press dengan nombor ISBN 978-983-52-0479-1, cetakan setebal 185 muka surat halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.
Ringkasan
Ajaran Qadiani banyak disandarkan kepada dakwaan yang dibuat oleh pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad. Semua dakwaan Mirza nyata tidak menepati kaedah metodologi ilmu Islam menyebabkan ia diselar oleh ulama-ulama Islam. Di Malaysia, Qadiani dikenali sebagai Jemaat Ahmadiyah Malaysia yang berpusat di Baitussalam, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan ajaran yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiyah ini terkeluar daripada akidah Islam, namun Jemaat Ahmadiyah berpendapat, mereka bebas menjalankan aktiviti keagamaan mereka sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan negara.
Pautan luar