Kesilapan tindakan perundangan kematian untuk jumlah yang tidak didedahkan
Pada 9 Februari 2014, Michael Brown Jr., seorang lelaki Afrika Amerika berusia 18 tahun, ditembak dan dibunuh oleh Darren Wilson, seorang pegawai polis di Ferguson, Missouri, bandar satelit St. Louis, Missouri.[1] Michael ditemani oleh rakannya, Dorian Johnson.[2] Darrel mengatakan bahawa pertengkaran yang bermula oleh Michael yang ingin merebut pistol Darrel.[3][4]
Michael dan Dorian kemudian lari, dan dikejar oleh Darrel. Darrel melihat Michael berhenti lari dan menyerang Darrel, sementara Dorian melihat Michael berbalik dan mengangkat tangan setelah ditembak di punggungnya. Menurut Dorian, Darrel menembak Michael berulang-ulang, 12 kali, 6 di bahagian depan.
Kejadian ini mencetuskan rusuhan Ferguson. Siasatan FBI menemukan bahawa tiada bukti Michael mengangkat tangan tanda menyerah atau mengatakan "jangan tembak" sebelum dia ditembak.[5] Namun, penunjuk perasaan percaya bahawa Michael sudah mengangkat tangan (berdasarkan keterangan Dorian), dan kemudian menggunakan slogan "angkat tangan, jangan tembak". Penunjuk perasaan, baik damai mahupun rusuhan, berlangsung lebih dari seminggu di Ferguson, hingga polisi melaksanakan perintah berkurung? Respons polis Ferguson ketika menghadapi tunjuk perasaan banyak dikritik pihak media dan ahli politik. Masalah yang disorot antara lain ketidaksensitifan, taktik, dan militerisasi polis.
Dewan juri dibentuk untuk menyiasat kes ini. Pada 24 November, peguambela mengumumkan bahawa dewan juri memutuskan tidak mendakwa Darrel, yang menyoroti rusuhan gelombang kedua. Pada Mac 2015, Jabatan Keadilam AS mengeluarkan kesimpulan siasatannya bahawa Wilson tidak melanggar hak sivil, dan bukti forensik menyokong kesaksian Darrel. Saksi yang memberi pembelaan disahkan sebagai saksi yang dapat dipercayai, sementara saksi yang memberatkan disahkan tidak boleh dipercayai, bahkan beberapa menipu bahawa mereka melihat kejadiannya, padahal tidak. Jabatan Keadilan menyimpulkan bahawa Darrel menembak Michael sebagai pembelaan diri.[6]
Rusuhan Ferguson gelombang ketiga terjadi pada peringatan setahun setelah penembakan ini.