Pendidikan di Belanda

Tahap-tahap pendidikan yang berbeza di negara Belanda

Pendidikan di negara Belanda bercirikan pembahagian jenis pendidikan berpandukan keperluan dan latar belakang murid. Pendidikan di negara ini terbahagi mengikut sekolah berdasarkan kelompok umur serta sebahagiannya berdasarkan aliran mata pelajaran untuk pelbagai tahap pendidikan yang berbeza. Sekolah-sekolah di Belanda secara lanjutnya terbahagi kepada jenis kerajaan, jenis khusus (agama), dan jenis umum-khusus (neutral),[1] dan terdapat juga beberapa jenis sekolah swasta. Sistem skala penggredan Belanda berjulat dari skala 1 (sangat kurang memuaskan) sehingga ke skala 10 (cemerlang).

Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang diselaras oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) meletak pendidikan di Belanda sebagai yang ke-16 terbaik di dunia setakat tahun 2018.[2] Kedudukan pendidikan di Belanda berbanding negara lain telah merosot sejak tahun 2006, dan kini hanya berkedudukan sedikit sahaja di atas purata.[3] Pemeriksa sekolah memberi amaran bahawa piawai membaca dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah adalah lebih rendah berbanding 20 tahun lalu, dan Belanda kini telah jatuh pada kedudukan antarabangsa. Trend yang sama dilihat dalam aspek penulisan dan pembacaan, matematik dan sains[3]. Negara ini mengalami kekurangan guru yang berterusan dan kekurangan kemasukan guru baharu.[3]

Prestasi OECD purata pelajar Belanda berusia 15 tahun dalam bidang sains dan matematik telah merosot, dengan kenaikan trend mendadak dari segi pelajar berprestasi rendah dalam aspek membaca, matematik dan sains.[4] Nisbah pelajar berprestasi terbaik dalam matematik dan sains juga telah kelihatan menurun.[4][5]

Rujukan

  1. ^ "Pagina niet gevonden – LOBO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-21. Dicapai pada 2011-04-18.
  2. ^ "OECD.org" (PDF).
  3. ^ a b c "Compare your country to the OECD average". PISA. OECD. Dicapai pada 11 April 2018.
  4. ^ a b "Compare your country - PISA 2018".
  5. ^ "OECD.org" (PDF).