Penawaran ialah jumlah kuantiti barang dan perkhidmatanyang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran adalah jumlah kuantiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan semua pengeluar dalam pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Sebab Keluk Penawaran Bercerun Positif
Menurut hukum penawaran semakin tinggi harga semakin banyak kuantiti barang yang ditawar oleh pengeluar. Sebaliknya semakin rendah harga semakin sedikit kuantiti barang yang ditawarkan, ceteris paribus.
Sebab Keluk Penawaran Bercerun Positif
Untung
Semakin tinggi tingkat harga semakin tinggi untung pengeluar. Pengeluar yang bermatlamat untuk memaksimumkan untung terdorong untuk menambah kuantiti pengeluaran.
Tambahan Kos
Tambahan kuantiti pengeluaran meningkatkan kos pengeluaran. Pengeluar hanya akan menambah pengeluaran dengan peningkatan harga.
Faktor Yang Mengalihkan Keluk Penawaran
Harga sesuatu barangan dan perkhidmatan mempengaruhi kuantiti ditawar sesuatu barangan dan perkhidmatan. Perubahan ini digambarkan dengan pergerakan sepanjang keluk penawaran. Namun keluk penawaran boleh beralih ke kiri atau ke kanan disebabkan perubahan dalam penawaran yang dipengaruhi berberapa faktor. Peningkatan penawaran ditunjukkan dengan peralihan ke kanan keluk penawaran manakala pengurangan penawaran ditunjukkan dengan peralihan ke kiri. Peralihan keluk penawaran akan menunjukkan perubahan dalam kuantiti ditawar pada tingkat harga yang sama.
Faktor yang mengalihkan keluk penawaran adalah:
Harga Barang Lain
Barang lain terdiri daripada:
1. Penawaran Pesaing
Barang pesaing adalah barangan yang menggunakan input yang sama dengan sesuatu barang lain dan pengeluarannya boleh saling digantikan dan tidak memerlukan perubahan yang besar dalam proses pengeluaran. Kejatuhan harga barang pesaing sesuatu barangan menaikkan penawaran barang tersebut (keluk penawaran beralih ke kanan) dan penurunan harga barang pesaing sesuatu barang menurunkan penawaran sesuatu barangan (keluk penawaran beralih ke kiri). Cth: Kenaikan harga getah menyebabkan pengeluar menukarkan penanaman kelapa sawit kepada getah. Kuantiti ditawar getah meningkat manakala kuantiti ditawar sawit berkurang.
2. Barang Penawaran Bersama
Terdapat barangan yang mempunyai produk sampingan penawaran produk sampingan itu bergantung kepada produk lain. Cth: Kenaikan harga petroleum meningkatkan pengeluaran petroleum, penawaran produk sampingan petroleum seperti tar dan diesel turun meningkat.
Perubahan Kos Input
Kenaikan kos input meningkatkan kos pengeluaran dan menurunkan margin keuntungan. Pengeluaran berkurang (keluk penawaran beralih ke kiri) walaupun harga tidak berubah
Penurunan kos input mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan margin keuntungan. Pengeluaran meningkat (keluk penawaran beralih ke kanan) walaupun harga tidak berubah.
Teknologi Pengeluaran
Peningkatan teknologi meningkatkan daya pengeluaran yang membolehkan pengeluaran secara besar-besaran seterusnya mengurangkan kos purata pengeluaran yang meningkatkan margin keuntungan. Penawaran meningkat (keluk penawaran beralih ke kanan).
Dasar Kerajaan
Kerajaan boleh menggubal dasar yang mempengaruhi pengeluaran seperti cukai dan subsidi. Cth: Memberikan subsidi kepada petani bagi meningkatkan pengeluaran padi (keluk penawaran beralih ke kanan).
Bilangan Pengeluar
Untung lebih oleh pengeluar sedia ada akan menarik pengeluar baharu masuk dalam pasaran meningkatkan pengeluaran (keluk penawaran beralih ke kanan). Kenaikan kos dan kerugian pula memaksa pengeluar sedia ada keluar dari pasaran mengurangkan pengeluaran (keluk penawaran beralih ke kiri).