Pemprosesan cahaya digital (bahasa Inggeris: Digital Light Processingcode: en is deprecated , DLP) ialah teknologi yang digunakan dalam sesetengah peti TV dan projektor video. DLP adalah cap dagang milik Texas Instruments dan dicipta oleh Dr. Larry Hornbeck pada tahun 1987.
DLP juga merupakan salah satu teknologi peneraju dalam pancaran wayang digital.
Peranti mikrocermin digital
Dalam projektor DLP, imej dihasilkan oleh kepingan-kepingan cermin teramat halus yang disusun secara matriks pada cip semikonduktor yang dikenali sebagai peranti mikrocermin digital (Digital micromirror device, DMD). Setiap keping cermin memancarkan satu atau beberapa piksel pada imej yang terpancar. Bilangan keping cermin bersamaan dengan leraian imej tayangan (biasanya separuh sahaja dari leraian yang dihebahkan akibat getaran). Antara saiz-saiz biasa DMD termasuk matriks 800x600, 1024x768, 1280x720, dan 1920x1080 (HDTV). Cermin-cermin ini boleh dilaraskan dengan cepat untuk memantulkan cahaya sama ada melalui kanta atau ke dalam singki haba.