Pembunuhan beramai-ramai di Dujail merujuk kepada peristiwa-peristiwa berikutan cubaan membunuh Presiden Iraq Saddam Hussein, pada 8 Julai 1982 di Dujail. Dujail, merupakan sebuah pekan dengan populasiSyiah terbesar dengan jumlah penduduk melebihi 75,000 pada masa itu dan terletak 53 km (33 bt) dari Baghdad di wilayah Sunni Pentadbiran Salah ad Din.
Beratus-ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak ditahan selepas kegagalan percubaan membunuh Saddam. Lebih daripada 140 orang dijatuhkan penjarakan dan dibunuh[1] kerana didakwa terlibat dalam plot cubaan membunuh tersebut termasuk empat orang tidak bersalah yang dibunuh semasa hukuman mati. Beratus-ratus lagi diusir serta rumah, ladang dan harta mereka dimusnahkan. Saddam Hussein didapati bersalah dan telah dihukum gantung pada 30 Disember 2006 atas jenayah terhadap kemanusiaan yang melibatkan pembabitan beliau dalam pembunuhan di Dujail.
Rujukan