Pemberontakan Ireland 1798 (Ireland: Éirí Amach 1798code: ga is deprecated , bahasa Inggeris: Irish Rebellion of 1798code: en is deprecated ) adalah pemberontakan terhadap pemerintahan British di Ireland . Ia dilibatkan sebuah kelompok revolusioner republikan iaitu United Irishmen, sebuah kumpulan dipengaruhi oleh idea-idea revolusi Amerika dan Perancis serta dipimpin oleh golongan Presbyterian marah ketika dikalahkan oleh penubuhan Anglikan dan bergabung dengan Katolik, yang terdiri majoriti penduduk. Ramai dalam kalangan masyarakat Ulster berpihak kepada British, maka konflik ini mula beralih kepada suatu perang saudarasektarian di banyak kawasan du mana kedua-dua belah pihak saling mengganas.
Kebangkitan itu dihapuskan oleh pasukan Mahkota British dengan angka kematian antara 10,000 dan 30,000 orang.
Kejadian yang berlaku berikutan Revolusi Amerika pada 1776 mengalakkan keinginan dalam kalangan golongan pemerintah yang lebih liberal untuk mewujudkan suatu bersama dengan penduduk Ireland agar dapat memperoleh autonomi dan reformasi lebih kuat dalam kerajaan Great Britain. Perkara tersebut dikuatkan lagi dengan keadaan Ireland yang dilihat lebih lemah berbanding jajahan-jajahan benua Amerika British sendiri.
Kejadian utama
Serangan pertama
Perang ini mula tercetus sebaik setelah dinihari 24 Mei di Kaunti Kildare.
Ketibaan campur tangan Perancis, republik sementara serta penangkapan Tone
Pada 22 Ogos, seramai kira-kira 1,000 orang askar Perancis pimpinan Jeneral Jean Humbert mendarat di Kilcummin, Kaunti Mayo di barat daya pulau Ireland. Pasukan Humbert disertai sebanyak 5,000 orang pemberontak menyerangCastlebar sehingga memaksa pihak British berundur dari sana; di sana jugalah para pemberontak menubuhkan suatu republik baru berpusat di wilayah Connacht dipimpin John Moore sebagai presiden. Republik ini hanya mampu bertahan selama 17 hari sebelum pihak republik tersebut ditewaskan British dalam Pertempuran Ballinamuck, Humbert ditahan dan diserahkan kepada Perancis sementara pemberontak Ireland lain dihukum mati.[1]
On 12 October 1798, a larger French force consisting of 3,000 men, and including Wolfe Tone himself, attempted to land in County Donegal berdekatanr Lough Swilly. Pasukan ini dipintas sebuah skuadron Tentera Laut Diraja British lalu mereka berperang sekitar sebuah pulau selama tiga jam sebelum pihak Perancis terpaksa menyerahkan diri.
Wolfe Tone ditahan dan dibawa ke Dublin untuk dibicarakan, beliau didapati bersalah mencetuskan pemberontakan. Tone meminta agar dirinya dihukum tembak mati namun permintaannya ditolak mahkamah. Setelah beberapa lama dalam tahanan, Tone mengelar lehernya pada 12 November (menurut catatan penjara) sebelum akhirnya meninggal dunia seminggu kemudian.
Susulan dan kesan
Rujukan
^Rujuk: Guy Beiner, Remembering the Year of the French: Irish Folk History and Social Memory (University of Wisconsin Press, 2007)