Pembantu Pembedahan Pergigian
Pembantu Pembedahan Pergigian singkatan (PPP) atau dalam bahasa Inggeris Dental Surgery Assistant (singkatan DSA) ialah jawatan sokongan dan auksiliari bidang kesihatan pergigian. Tugas utama Pembantu Pembedahan Pergigian adalah membantu Pakar Bedah/Pakar/Pegawai Pergigian dalam segala aspek rawatan dan pengendalian pesakit semasa mendapatkan rawatan pergigian am, pembedahan kecil atau besar dan pengurusan klinik.