Pemasa 555 adalah sebuah litar bersepadu (LB) yang boleh menghasilkan denyutan voltan pada frekuensi-frekuensi tertentu bergantung kepada rekaan litar.
Mod
Pemasa 555 mempunyai tiga mod pengendalian iaitu:
Monostabil — dalam mod ini, denyutan keluaran bagi pemasa 555 akan hanya mempunyai satu tahap stabil.
Tak stabil — bagi mod ini pula, pemasa 555 akan bertindak sebagai sebuah pengayun.
Dwistabil — pemasa akan bertindak sebagai sebuah flip-flop dalam mod ini.
Pin
LB ini mempunyai lapan pin. Jadual berikut menunjukkan nombor-nombor pin dan juga nama pin tersebut.
No.
Nama pin
1
Bumi
2
Picu
3
Keluaran
4
Set semula
5
Voltan kawalan
6
Ambang
7
Nyahcas
8
VCC
Formula rekaan
Dalam merekabentuk litar bagi pemasa, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Iaitu kitar bertugas, frekuensi denyutan dan mod pengendalian yang ingin ditugaskan kepada pemasa 555.