Alamat surat menyurat
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
Alamat : Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching, Sarawak
Telefon : 082-417733
Faks : 082-419452
OBJEKTIF DAN FUNGSI
Objektif
Objektif Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah :
- Menggalakkan perhubungan yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan perpaduan kaum dan integrasi Nasional
- Memastikan penyertaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak/Sabah di dalam setiap program dan aktiviti Kerajaan Negeri
- Menyediakan maklumat penting mengenai pelbagai isu-isu yang berlaku di Sarawak/Sabah
- Mempertingkatkan program pengurusan Kualiti dan Produktiviti di Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sarawak/Sabah untuk mewujudkan satu pentadbiran dan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan profesional.
Fungsi
Fungsi Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah :
- Menentukan tugas, peranan dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap Negeri Sarawak melalui Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan
- Penghubung (Liason) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri :
- Menyediakan laporan semasa kepada Kerajaan Negeri dan sebaliknya
- Menyediakan laporan, menyampaikan maklumat dan mengambil tindakan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
- Menyediakan dan menyampaikan maklumat dan mengambil tindakan melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Besar/Ketua Menteri, Perhubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha/Ketua Perkhidmatan
- Mediator secara langsung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
- Mengenalpasti dan menganalisis isu-isu/masalah-masalah yang menjadi pertimbangan utama dalam hubungan anatara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
- Menyediakan dan membuat laporan terus kepada pengetahuan Kerajaan Persekutuan
- Pegawai Perhubungan Awam kepada Kerajaan Persekutuan
- Mengadakan dan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi Jabatan-Jabatan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan Sarawak
- Menganjurkan dan menyelaraskan Program Intergrasi Nasional yang melibatkan kakitangan Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang baru bertukar di Sarawak
- Menyelaraskan program yang berbentuk integrasi nasional di Peringkat Negeri/Daerah yang melibatkan Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sarawak
- Menganjurkan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti integrasi nasional yang melibatkan Jabatan-Jabatan Persekutuan di negeri-negeri lain di Semenanjung
- Menganjur dan menyelaraskan aktiviti seperti ceramah, bengkel, forum yang melibatkan penyertaan daripada pihak Persekutuan dan Negeri
- Mengajur dan menyelaraskan aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan kebudayaan yang melibatkan penyertaan kedua-kedua belah pihak melalui Badan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Semenanjung
- Menganjur dan menyelaraskan aktiviti PPTD Cawangan Sarawak
- Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan
- Mempengerusikan Jawatankuasa pemandu Projek Pusat Pentadbiran Persekutuan Rambongan
- Menganggotai Majlis Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak
- Menganggotai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajan Negeri
- Memantau projek-projek pembangunan Persekutuan dengan mengesan tahap kemajuan pelaksanaan
- Mengemukakan laporan kepada Kerajaan Persekutuan di mana perlu
- Penyelaras Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti di Jabatan-Jabatan Persekutuan
- Pengerusi Jawatankuasa Peningkatan Kualiti Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan
- Pengerusi dan penganjur Program Kualiti Jabatan/Agensi Jabatan Perdana Menteri di Sarawak
- Mengetuai Jawatankuasa Pemeriksaan Kualiti dan Produktiviti Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan
- Menyelaras dan mengajurkan (bersama agensi-agensi lain) seperti kursus, bengkel, ceramah, taklimat dan lain-lain berhubung pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bagi pegawai-pegawai Persekutuan dan Negeri
- Menguruskan Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan Harta
- Merancang keperluan Bangunan Gunasama Persekutuan
- Mengawalselia Syarikat Ambang Wira Sendirian Berhad (AWSB) yang diberikan konsessi untuk menyelenggara Bangunan Gunasama Persekutuan
- Menyelaraskan kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan di luar skop kerja AWSB
Merancang keperluan Kuarters Persekutuan
- Membuat kerja-kerja menyelenggara Kuarters dan Bangunan Persekutuan di seluruh Sarawak