Pegawai Kesihatan Persekitaran ertinya seseorang yang terlatih dalam bidang kesihatan persekitaran dan peranannya termasuklah untuk mencegah risiko kesihatan persekitaran, penggalakan dan perlindungan kesihatan awam dan persekitaran dalam bidang-bidang yang berikut; kawalan penyakit, kebersihan dan keselamatan makanan, perumahan dan kesihatan persekitaran, kawalan vektor, kualiti air minuman, sanitasi air, kesiapsiagaan kecemasan dan menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam selaras dengan peranan dan fungsi sepertimana yang ditetapkan oleh Expert Committee to the World Health Organization Report No.79 atau pindaan-pindaannya.
Jawatan
Malaysia
Sebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2003, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42/44 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.
Pekerjaan
Pelatih keselamatan makanan
Perancang pembangunan residensi, industri dan komersial di bandar dan di desa.
Kawalan pest dan vektor
Kawalan penyakit berjangkit.
Perancang pelan kontigensi dan pengimplementasian.
Kawalan kacau-ganggu dan bunyi bising
Kawalan penilaian impak alam sekitar
Kawalan mutu air minuman
Kawalan sistem pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar bersepadu