Pantai Tanjung Bidara ialah sebuah pantai yang terletak di Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
Senarai Mangsa Lemas
Syed Alishah Syed Islam, 16 tahun, 12 September 2015[1]
Syed Muhammad Shah, 19 tahun, 12 September 2015
Muhammad Hamdani Mohd Asri, 16 tahun, 2 April 2017[2]