Pangkalan kapal selam


Pen kapal selam Keroman III, sebahagian daripada bekas pangkalan kapal selam Jerman di Lorient, Brittany.
Plak Stesen Bot Torpedo Holland menyatakan dakwaan New Suffolk, New York merupakan pangkalan kapal selam pertama

Pangkalan kapal selam merujuk kepada sebuah pangkalan tentera yang memberi perlindungan pada kapal selam dan anggotanya.

Antara contoh pangkalan kapal selam pada hari ini adalah HMNB Clyde, Île Longue (pangkalan bagi Force océanique stratégique Perancis), Naval Submarine Base Kings Bay, Naval Submarine Base New London, dan pangkalan kapal selam nuklear Rybachiy (berdekatan Petropavlovsk-Kamchatsky).[1][2]

INS Virbahu, INS Vajrabahu dan INS Satavahana merupakan pangkalan kapal selam bagi Tentera Laut India. Sebuah pangkalan kapal selam bawah tanah baharu, INS Varsha sedang dibina berdekatan dengan Vishakhapatnam untuk menampung armada kapal selam nuklear India yang sedang berkembang.[3][4][5]

Pangkalan kapal selam yang pernah digunakan termasuk DORA 1, HMAS Platypus, Pangkalan Kapal Selam Bangor (kini sebahagian daripada Pangkalan Tentera Laut Kitsap), Limbungan Tentera Laut Pulau Mare (sebuah pangkalan berkeupayaan nuklear), Pulau Ordnance di Bermuda semasaPerang Dunia II, dan pangkalan Soviet di Balaklava yang kini terletak di Republik Autonomi Krimea.[6][7][8]

Stesen Bot Torpedo Holland bertempat di New Suffolk, New York didakwa merupakan pangkalan kapal selam pertama di Amerika Syarikat: yang mana bertindak sebagai pangkalan untuk USS Holland, sebuah kapal selam yang dilancarkan pada Mei 1897 dan beberapa buah kapal selam kelas Plunger yang dilancarkan pada 1901–1903.[9]

Bagaimanapun, Tentera Laut Amerika Syarikat mendakwa Pangkalan Kapal Selam Tentera Laut New London merupakan pangkalan kapal selam Tentera Laut AS pertama, yang didesignasikan pada 1916.[10] [11]

Lihat juga

Galeri

Rujukan

  1. ^ "Resolution". Global Security. Dicapai pada 19 Mac 2016.
  2. ^ Ardouin-Dumazet, Victor-Eugène (1895). "Les Îles de l'Atlantique: 2. D'Hoëdic à Ouessant". Voyages en France (dalam bahasa Perancis). Parigi: Berger-Levrault.
  3. ^ "Indian Naval Bases". Global Security. Dicapai pada 9 Januari 2012.
  4. ^ "INS Satavahana | Indian Navy". indiannavy.nic.in. Dicapai pada 29 Disember 2015.
  5. ^ "Undersea warfare: Surfacing now, navy's biggest batch of submariners : India, News – India Today". indiatoday.intoday.in. Dicapai pada 29 Disember 2015.
  6. ^ "Naval Base Kitsap". United States Navy. Dicapai pada 23 Januari 2014.
  7. ^ Sergei R. Grinevetsky, et al. ” The Black Sea Encyclopedia”, Springer, 2014: 80–81.
  8. ^ "Аргументы Недели. Крым" Балаклава официально стала городом [Balaklava officially became a city] (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2019.
  9. ^ "First Submarine Base Historical Marker". www.hmdb.org.
  10. ^ "Naval Submarine Base New London, Connecticut". Submarine Base New London (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mei 2020.
  11. ^ "Naval Submarine Base New London, Connecticut". Naval History and Heritage Command (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mei 2020.

Pautan luar