Pangkalan Udara Bagram (IATA: -, ICAO: OAIX) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Bagram, Afghanistan.
Pangkanal Udara Bagram[1][2] - dikenali dan dirujuk oleh tentera Amerika Syarikat sebagai lapangan terbang Bagram[3] - (ICAO: OAIX[4]) merupakan lapangan terbang tentera dan memiliki kompleks yang terletak bersebelahan dengan bandar purba Bagram, 11 kilometer (6.8 bt) tenggara Charikar di province Parwan, Afghanistan. Ia sering dipanggil sebagai Pangkalan Udara Bagram, bagaimanapun komander misi kanan di Bagram merupakan jeneral Tentera dua-bintang, menjadikannya sebagai Pangkalan Tentera dalam perundangan ("parlance") tentera Amerika Syarikat. Pangkalan ini kini diduduki dan dikekalkan oleh Gabungan Sekutu Pasukan Petugas ("Combined Joint Task Force" Division Infantri ke-82. (CJTF-82) Lapangan terbang ini di diduduki dan dikekalkan oleh Brigade Penerbangan Tempur ke-3 (Pasukan Petugas Falcon) dan 2/3 GSAB (Pasukan Petugas Knighthawk) dari Tentera Amerika Syarikat, bersama dengan sayap Ekspedisi ke-455 dari Pasukan Udara Amerika Syarikat dan Tentera Amerika yang lain, U.S. Navy, U.S. Marine Corps, U.S. Coast Guard, dan unit rakan gabungan NATO/ISAF (International Security Assistance Force) memiliki penghuni penyewa yang agak besar.
Pangkalan Udara Bagram memiliki tiga hangar besar, menara kawalan, dan banyak bangunan sokongan. Terdapat lebih dari 32 ekar (130,000 m²) ruang tanjakan dan lima kawasan penyelerakan pesawat, dengan jumlah keseluruhan 110 perlindungan ("revetments"). Banyak bangunan sokongan dan perumahan pangkalan yang dibina oleh Pasukan Bersenjata Soviet semasa pendudukan mereka telah musnah akibat bertahun pertempuran antara pasukan Afghanistan yang bertempur selepas peninggalan pihak Soviet. Berek baru dan bangunan pentadbiran dibina perlahan-lahan pada masa kini. Terdapat juga kemudahan Teater Penahanan Bagram ("Bagram Theater Internment Facility"), pusat penahanan yang telah dikritik di masa lalu kerana penderaan tahanan. Pada May 2010, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa mendedahkan bahawa sejak Ogos 2009 ia telah diberitahu oleh pihak berkuasa Amerika berkenaan tahanan penjara kedua di mana tahanan dikurung bersendirian tanpa capaian kepada Bulan Sabit Merah Antara Bangsa yang biasanya dijamin kepada semua tahanan. [5]
Rujukan
Pautan luar