Pada tahun 1301, raja dinasti Tran, Trần Nhân Tông telah melawat kuil ini, yang mana kemudian dipanggil Kuil Tri Kien. Nguyen Phuc Chu, seorang bangsawan dari keluarga Nguyen telah menamakan semula kuil ini dengan nama Kính Thiên Tự (Kuil Kinh Thien) pada tahun 1716. Raja Minh Mang dari dinasti Nguyen melawat kuil ini pada tahun 1821 dan menamakan sebagai Hoằng Phúc Tự (Han tu: 弘福寺), atau dikenali sebagai chùa Trạm atau Chùa Quan (Kuil Tram atau Kuil Quan).
[2]
Pagoda ini dibina semula beberapa kali. Pada tahun 1985, ia telah rosak teruk dilanda ribut tropika, dengan hanya meninggalkan pintu, asas kuil dan loceng seberat 80-kg serta beberapa patung lama Buddha. [2]
Kuil ini dimasukkan ke dalam senarai warisan wilayah Quang Binh.
Pada bulan Disember 2014, pembinaan semula pagoda ini telah dimulakan.[3] Pada 16 Disember 2016, pagoda baru ini telah dirasmikan dengan kehadiran beberapa pegawai kerajaan Vietnam, anggota Shanghas Buddha Vietnam dan Myanmar, Ketua Sami Kemboja Tep Vong, dan penganut Buddha dari seluruh Vietnam. Pagoda Hoang Phuc diakui sebagai khazanah bersejarah negara Vietnam.[4]
Pada hari perasmiannya, Sangha Buddha Myanmar telah menyerahkan sariraBuddha yang berasal daripada Pagoda Shwedagon di Yangon.[5][6][7]