Oops!...I Did It Again adalah album studio kedua oleh penyanyi Amerika Britney Spears . Ia dilancarkan pada 16 Mei 2000 di Amerika Syarikat melalui Jive Records. Muziknya menggabungkan gaya pop, tarian-pop, dan pop remaja.[3] Sumbangan kepada pengeluaran album ini berasal dari pelbagai produser, termasuk Max Martin, Rami Yacoub, Per Magnusson, David Kreuger, Kristian Lundin, Jake Schulze, Darkchild, dan Robert John "Mutt" Lange . [4]
Selepas pelancarannya, Oops!...I Did It Again diterima baik oleh kebanyakan pengkritik muzik. Ia memulakan debutnya di tempat pertama di carta Billboard 200, dengan jualan minggu pertama mencecah 1,319,000 unit, memecahkan rekod Nielsen SoundScan sebelum ini untuk jualan album debut minggu paling tinggi oleh artis wanita. [5]Oops!...I Did It Again juga mencapai nombor satu dalam lima belas negara lain dan mencapai peringkat lima tertinggi di Australia, Finland, Jepun, New Zealand dan United Kingdom. Ia adalah album keduanya untuk menerima pensijilan "Diamond" daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) kerana penjualannya yang telah melepasi 14 juta unit. [6] Di seluruh dunia, album ini telah terjual lebih daripada 20 juta unit dan menjadikannya album kedua terlaris Spears selepas ...Baby One More Time . [7][8]
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EW
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RS