One Cent Thief ("Pencuri Satu Sen") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 yang dicipta dan ditulis oleh Alfie Palermo selaku 'showrunner' dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain serta dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Sofia Jane dan Amerul Affendi. Siri ini diinspirasikan daripada laporan berita peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada 1990-an atas kejayaan mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan tanpa dapat dikesan sehingga menjadi jutawan. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di empat saluran Astro bermula 8 Oktober sehingga 26 November 2022.[1][2][3][4][5]NME telah menyenaraikan One Cent Thief sebagai salah satu daripada 10 rancangan TV terbaik Asia bagi tahun 2022.[6]
Sinopsis
Mengisahkan tentang Iman Shah, seorang pekerja bank di Bintang Bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem keselamatan Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.
Devan dan konco-konconya menceroboh rumah Iman untuk mendapatkan rahsia di sebalik kekayaan Iman.
4
"The Baby and The Thief"
29 Oktober 2022 (2022-10-29)
Iman terpaksa ke jalanan untuk menyelamatkan abahnya.
5
"Destroyer of Worlds"
5 November 2022 (2022-11-05)
Iman kini terhutang budi dengan Ibu Zara, seorang penjenayah besar di ibukota.
6
"What Money Can't Buy"
12 November 2022 (2022-11-12)
Iman mula mengecapi kekayaan buat pertama kali dalam hidupnya, namun abahnya semakin risau.
7
"Sacrifice"
19 November 2022 (2022-11-19)
Iman terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada Ibu Zara, namun sudah terlambatkah untuknya?.
Catatan: Episod ini ditujukan dalam ingatan kepada penyelia protokol penggambaran drama ini, Fikry Lawrance yang meninggal dunia semasa penggambaran dijalankan.
Kini digelar 'One Cent Thief', Iman kini diburu pihak berkuasa. Adakah Iman berjaya mencari jalan keluar?
Penerbitan
One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1990 dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.[15][16]
Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut berkhidmat sebagai 'showrunner', pencipta dan penulis untuk siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:
"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua."[17]
One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro Shuang Xing dan PRIMEtime dengan tayangan serentak pada Sabtu jam 9 malam bermula 8 Oktober 2022. Episod seterusnya disiarkan pada hari yang sama jam 11 malam.[1][19]
Bagi mempromosikan siri ini, sebuah saluran TV khas telah diwujudkan, iaitu One Cent Thief Pop-Up Channel yang bersiaran di Astro saluran 100 bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 yang mana kesemua 8 episod dan 4 kandungan eksklusif boleh ditonton di saluran ini.[20]