Sven Olof Joachim Palme (ˈûːlɔf ˈpâlːmɛ (bantuan·info); 30 Januari 1927 – 28 Februari 1986) ialah seroang ahli politik Sweden. Beliau merupakan Perdana Menteri Sweden selama dua penggal: 1969 hingga 1976 dalam Kabinet Perlembagaan Pertama bersama Raja Sweden serta Kabinet Perlembagaan Kedua tahun 1981 sehingga kematiannya empat tahun kemudian.
Beliau dikenali dalam pendiriannya mengkritik dasar-dasar luar dunia Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Kerajaan pimpinan beliau melibatkan diri dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali serta memberikan sokongan utuh kepada pergerakan-pergerakan pejuang kemerdekaan yang wujud serata dunia selepas penyahjajahan abad ke-20. Malah, beliau menonjol dalam kelantangannya menyanggah pemikiran imperialisme dan autoritarianisme lagi-lagi dengan berdepan orang kuat seperti Francisco Franco atau Leonid Brezhnev
Pembunuhan beliau dalam keadaan mengejutkan dan penuh misteri tahun 1986 diamati ngeri serantau Skandinavia, lagi-lagi dengan keadaan yang mengulangi percubaan membunuh Raja Gustav III, tokoh paling berpengaruh zaman moden negaranya, pada abad ke-18.[1]
Awal hidup
Kerjaya politik awal
Sebagai Perdana Menteri
Kabinet Statsråd
Kabinet Riksdag
Pembunuhan
Pada Jumaat malam Sabtu 28 Februari 1986, jam 23:21 waktu tempatan, Olof dan isterinya Lisbet Palme pulang dari menonton filem di panggung wayang jalan Sveavägen; seorang kelibat dipercayai menembaknya dari belakang pada jarak dekat, sedas tembakan lagi mengena ringan pada Lisbet. Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Sabbatsberg pada 00:06 - Lisbet terselamat dari kecederaannya, namun tifak pula Olof yang meninggal akibat luka dialami sebaik tiba di hospital.[2]
Khabar insiden ini menakutkan ramai orang di Sweden memandangkan pengganasan terhadap ahli politik tidak pernah begitu dialami mereka di Sweden, lagi-lagi dengan terkawalnya keselamatan di negara tersebut sehingga Olof dan Lisbet tidak diiringi pengawal. Pembunuhan ini menjadi terbiar tidak dapat diselesaikan kerana kurangnya bukti kukuh yang mmampu mengesahkan banyak , ha ini mewujudkan banyak teori konspirasi berkaitan kemungkinan pelaku dan motif pembunuhan ini
Ingvar Carlsson mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri Sweden serta Parti Demokrat Sosial.[3]
Rujukan
Pautan luar