Ola Bola The Musical ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari filem 2016 Ola Bola arahan Chiu Keng Guan.[1][2][3] Teater ini diarahkan oleh Tiara Jacquelina untuk Enfiniti Productions dan dipentaskan pada 8 Februari 2018 hingga 11 Mac 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.[4] Teater ini dibintangi oleh kesemua barisan pelakon asal Ola Bola dan merupakan percubaan sulung Tiara sebagai pengarah. Pementasan kedua teater ini diadakan pada 18 Februari 2019.
Sinopsis
Diilhamkan oleh peristiwa sebenar pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, dan diadaptasi dari filem 2016 bertajuk sama, Ola Bola The Musical adalah kisah perpaduan, kesungguhan dan persaudaraan. Mengisahkan perjalanan "Tauke" Chow Kwok Keong, pasukan Kapten yang bertekad untuk memimpin pasukan Harimau Malaya ke Olimpik, dan kawan baiknya, pengulas sukan yang sangat baik Rahman. Mereka bertemu dengan penjaga gol pasukan, Muthu, striker bintang pasukan Ali dan seluruh pasukan yang berwarna-warni, dan melalui impian dan cabaran perjalanan mereka ke Olimpik.
Pelakon
- Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali
- Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai
- Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong @ Tauke
- Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar
- Kai Chalmers sebagai Eric Yong
- Altimet sebagai Sarjan Ahmad
- Melissa Ong sebagai Mei Ling
Penerbitan
Barisan pelakon teater Ola Bola didedahkan secara rasmi oleh Enfiniti Productions dalam satu sidang media pada 16 Oktober 2017, selepas Enfiniti mengadakan ujibakat yang dihadiri seramai 300 orang pada Ogos 2017. Sesi raptai untuk teater Ola Bola diadakan pula pada November.[5]
Luqman Hafidz kembali menjayakan watak Ali untuk pementasan teater Ola Bola.[6][7] Pelakon lain termasuk Brian Chen, Lim Jian Wen dan Abimanyu Masilamani melakonkan kembali watak mereka masing-masing. Teater ini juga merupakan penampilan pentas pertama daripada penyanyi Altimet.[8]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar