Nur Adibah Razali

Nur Adibah Razali merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan anak sulong daripada 5 orang adik beradik. Ayah beliau En. Razali Hj Ahmed Hejas dan pasangannya Puan Juwariah Abd Rahman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun, Terengganu. Selepas itu, pada tahun 2012-2015 beliau terus menyambung pelajaran dalam ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Albayt, Jordan dan sekarang sedang menghabiskan Master of Islamic Studies di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menyiapkan thesis yang bertajuk : Kaedah 6 Roda Pengurusan Dalam Organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Timur Tengah Di Malaysia: Strategi dan Perspektif Islam.

Pendidikan & Kerjaya

PENDIDIKAN :

1) 2007-2011 : Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu (Sijil Peperiksaan Malaysia)

2) 2012- 2015 : Universiti Al- Albayt, Al-Mafraq, Jordan (Bachelor Degree)

3) 2023 - Sekarang : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Master)

KERJAYA :

1) 2016 : Research Assistant (RA), Universiti Malaya

2) 2016-2018 : Research Assistant (RA), Universiti Sains Islam Malaysia

3) 2016 - 2018 : Lecturer Contract, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

4) 2017 - 2018 : Human Resource (HR), Cinta Syria Malaysia (CSM)

5) 2018 - 2019 : Head of Operation (HOO), Cinta Syria Malaysia (CSM)

5) 2019 - 2021 : Chief Operating Officer, Cinta Syria Malaysia (CSM)

6) 2022 - Sekarang : Chief Strategy Officer, Cinta Syria Malaysia (CSM)

Kerja Kemanusiaan

Nur Adibah mula menceburi dalam dunia kemanusiaan apabila telah menyertai Tangisan Syria Di bumi Jordan (TSDBJ) yang telah dianggotai oleh rakan rakan beliau sendiri semasa belajar di Jordan dengan membantu pelarian-pelarian Syria di Jordan.

Beliau meletakkan moto 'Nikmat Allah Sentiasa Ada Dan Akan Berlipat Kali Ganda' sebagai moto kehidupan untuk sentiasa mengingatkan akan diri dengan nikmat dan kekuasaan Allah sentiasa melimpah ruah, lebih-lebih lagi di dalam dunia kemanusiaan.

Beliau merasakan dunia kemanusiaan adalah satu pekerjaan yang sangat penting kerana sikap membantu perlu sentiasa berjalan antara manusia dengan manusia terutamanya ketika menghadapi krisis ekonomi, krisis pendidikan, krisis makanan dan krisi tumbesaran.

Anugerah & Pengiktirafan

  • 'Top 10 Chief Strategy Officers in Malaysia 2024' : CEO Insights Asia Magazine.

Aktivis Kemanusiaan & Business Woman

  1. Chief Strategy Officer - Cinta Syria Malaysia (CSM)
  2. Board Of Director - Pusat Bimbingan Alternative Cinta Syria Malaysia (PBACSM)
  3. Deputy Principal - Pusat Bimbingan Alternative Cinta Syria Malaysia (PBACSM)
  4. Secretary - Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM)
  5. Commitee Member - Muamalat Interactive Game© Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Treasurer - Persatuan Pembela Al-Aqsa Malaysia (PPAM)
  7. Director - Myad Kapital Sdn Bhd
  8. Director - Mrtupperman Venture
  9. Human Resource Advisor - Diamond Dinamic Enterprise (Bussiness Retail)

Projek Kemanusiaan Malaysia - Antarabangsa

Nur Adibah sering terlibat dengan perbincangan - perbincangan yang utama berkaitan dengan misi kemanusiaan khususnya buat pelarian syria dan palestin. Segala keringat dan kepakaran yang ada telah menyumbang banyak aspek antaranya Skilled in HR Policies, Labor Relations, Succession Planning, Human Resources, and Performance Appraisal mengikut keadaan semasa.

Rujukan

  1. Top 10 Chief Strategy Officer In Malaysia - 2024
  2. Chief Strategy Officer,Cinta Syria Malaysia