Nozie Nani |
---|
Kelahiran | Nozia binti Nani 1951 (1951)
|
---|
Meninggal dunia | 1 Oktober 2017 (berumur 65–66)
|
---|
Sebab kematian | Pelbagai komplikasi penyakit kronik |
---|
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Semai, Batu Pahat |
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 1973–1976 |
---|
Pasangan | Mohd Nazamuddin Husain |
---|
Anak-anak | 3 |
---|
Nozia Nani (1951 – 1 Oktober 2017) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1970-an.[1]
Kerjaya
Nozie memulakan kerjaya lakonan pada 1975 menerusi filem Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong, yang mana beliau berlakon bersama Uji Rashid. Beliau kemudian berlakon dalam dua lagi filem arahan Jamil, iaitu Jiwa Remaja dan Cinta dan Lagu.[1] Nozie juga pernah membintangi filem Indonesia, Semalam Di Malaysia arahan Nico Pelamonia terbitan Shaw Brothers. Beliau ialah satu-satunya pelakon Malaysia yang berlakon dalam filem itu.[2] Selepas perkahwinannya, beliau memutuskan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Mohd Nazamuddin Husain dan dikurniakan tiga anak, iaitu Nizad Nazril, Nizat Norman dan Nabila Najat. Suaminya meninggal dunia pada 2003.[1]
Kematian
Nozie meninggal dunia di kediamannya di Batu Pahat, Johor akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik pada usia 66 tahun.[3] Beliau turut menghidap penyakit kanser rahim tahap satu selain pernah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis.[4] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Semai, Batu Pahat pada keesokan harinya.[1][5]
Filemografi
Filem
Rujukan
Pautan luar