Nim's Island ialah sebuah filem drama-komedi pengembaraan Amerika Syarikat-Australia 2008 diarahkan oleh Jennifer Flackett dan Mark Levin. Filem ini dibintangi Abigail Breslin, Jodie Foster dan Gerard Butler. Cerita ini adalah berdasarkan cerita kanak-kanak dengan tajuk yang sama oleh Wendy Orr.
Pelakon
Penerimaan
Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 52% berdasarkan 102 ulasan.[6] Metacritic melaporkan bahawa filem ini mendapat purata skor 55 daripada 100, berdasarkan 24 ulasan.[7] Filem ini mengutip $48,006,762 juta di peringkat domestik dan $52,069,700 di peringkat antarabangsa dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $100,076,342.
Sekuel
Sebuah sekuel, Return to Nim's Island ditayangkan di saluran Hallmark pada 15 Mac di AS dan dikeluarkan dalam DVD pada 19 Mac 2013 secara eksklusif untuk Wal-Mart dan dua hari kemudian pada 21 Mac di seluruh dunia. Bindi Irwin menggantikan Abigail Breslin sebagai Nim Rusoe, Toby Wallace menggantikan Maddison Joyce sebagai Edmund dan Matthew Lillard menggantikan Gerard Butler sebagai Jack Rusoe, bapa Nim. Return to Nim's Island ditayangkan di teater Australia pada 4 April 2013.
Rujukan
Pautan luar