Nicholas Hilmy Kyrgios[5] (Yunani: Νικόλας Χιλμί Κύργιοςcode: el is deprecated , Jawi: نيکولاس حلمي كيريوسcode: ms is deprecated ; lahir 27 April 1995) ialah seorang pemain tenis profesional Australia. Beliau mencapai ranking ke-13 dunia dalam tenis peringkat tunggal oleh Association of Tennis Professionals pada 24 Oktober 2016.[6]
Kyrgios lahir di Canberra, Australia. Beliau seorang dari tiga adik beradik (selain adiknya Christos dan Halimah)[8] berdarah kacukan; ayahnya George Kyrgios seorang pekerja cat rumah berbangsa Yunani[9][10][11] manakala ibunya Norlaila ("Nill") Kyrgios seorang jurutera komputer[11] berbangsa MelayuSelangor.[12][13][9] Ibunya berketurunan dalam kerabat diraja Sultan Selangor yang menggugurkan gelarannya sebelum berhijrah ke Australia ketika berusia 20-an.[12][14]
Nicholas pernah menceburi sukan bola keranjang pada usia awal remaja sebelum memutuskan diri giat dalam sukan tenis pada usia 14 tahun.[15] Beliau mendapat biasiswa penuh daripada Institut Sukan Australia yang digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan sukan beliau.
Kerjaya tenis
Peringkat junior
Nicholas mula terlibat dalam perlawanan junior pertama beliau tahun 2008 pada usia 13 tahun semasa suatu pertandingan gred 4 di Australia. Beliau memenangi perlawanan jelajah junior Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) di Fiji pada Jun 2010 ketika berusia 15 tahun.[16]