Niasin (juga dikenali sebagai vitamin B3 dan asid nikotinik) ialah suatu sebatian organik dengan formulaC6H5NO2 dan, bergantung kepada takrifan yang digunakan, salah satu daripada 20 hingga 80 nutrien manusia perlu.
Kekurangan niasin dalam diet boleh menyebabkan rasa mual,lesi kulit dan mulut, anemia, pening dan keletihan. kekurangan niasin teruk boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil pelagra. Kekurangan niasin juga dapat dilihat dalam penyakit kurang zatpandemik yang disebabkan oleh ketidakcukupan lima vitamin penting: niasin, vitamin C, tiamina, vitamin D dan vitamin A, dan biasanya terjadi di kawasan yang banyak kemiskinan dan pemakanan tak seimbang.
Niasin telah digunakan selama lebih 50 tahun untuk meningkatkan aras HDL dalam darah dan telah didapati mengurangkan risiko kejadian kardiovaskular sederhana dalam beberapa ujian manusia terkawal.[3]
Rujukan
^"Niacin". DrugBank: a knowledgebase for drugs, drug actions and drug targets. Dicapai pada 14 January 2012.
^Bruckert, E (Jun 2010). "Meta-analysis of the effect of nicotinic acid alone or in combination on cardiovascular events and atherosclerosis". Atherosclerosis. 210 (2): 353–61. doi:10.1016/j.atherosclerosis.2009.12.023. PMID20079494. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)