New Jack The Street Beat ialah album studio ketiga dan terakhir oleh kumpulan hip hop Malaysia, Krash Kozz. Album ini telah diiktiraf sebagai album new jack swing pertama di Malaysia dan dikeluarkan pada April 1993 oleh Valentine Sound Production.[1][2]
Latar belakang
Sebelum album ini dikeluarkan, pengurus Krash Kozz ketika itu, Mohd Firhat Ahmat berhubung dengan Teddy Riley, perintis muzik New Jack Swing (NJS) pada 23 Disember 1992 melaui panggilan telefon, yang meminta mereka untuk sebarkan kegilaan irama NJS di Malaysia.[3] Dirakamkan oleh barisan ahli baru Krash Kozz–Najee, Fawzi dan Albert, New Jack The Street Beat mengandungi 11 lagu yang diadun dengan pelbagai gaya muzik termasuk jaz, gospel, R&B, pop dan rap klasik.[1][3] Di dalam tatahan album ini, Krash Kozz telah menulis ayat "You don't have to call yourself Kumpulan Rap Unggul to be the leader" yang dikatakan merujuk kepada kumpulan KRU.[4]
Keluaran
New Jack The Street Beat dikeluarkan pada April 1993 hingga kejayaan komersial. Ia telah diuar-uarkan sebagai album new jack swing pertama di Malaysia.[5][6] Empat lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, iaitu versi bahasa Inggeris lagu "Fiona" yang dipopularkan oleh 4U2C untuk versi bahasa Melayu,[7] "Berhati-Hati Di Jalanraya", "Pada Kasih Cinta Berbunga" dan "New Jack The Streetbeat (Give It All You've Got)".[8][9]
Senarai runut
No.
Tajuk
Penulis
Masa
1.
"New Jack The Street Beat (Give It All You've Got)"
^ abZieman (14 Mei 1993). "Rapping up the metal swing" [Menggegarkan alunan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Disember 2020. With its new album, Krash Kozz hopes to spread the New Jack Swing with its elements of jazz, gospel, rhythm 'n' blues, classical rap and pop. There is a street feel to this conceptual album, the first of its kind here.
^Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Kumpulan Krash Kozz yang dianggotai oleh Fauzi, Albert & DJ Najee telah mengeluarkan sebuah album bertajuk New Jack The Streetbeat yang memperkenalkan irama New Jack Swing kepada pendengar Malaysia untuk pertama kalinya.
^Nazrullah Rosli (31 Mac 1993). "Krash Kozz perkenalkan muzik baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Disember 2013. "Album terbaharu yang bertajuk Krash Kozz - The Album akan memuatkan rentak lagu terkini selepas rap dikenali sebagai new jack swing dan merupakan kumpulan tempatan pertama akan membawa konsep muzik sedemikian".
^Harris Iskandar Taib; Lim Jin Aun (13 Mac 1993). "Krash Kozz's new album" [Album terbaru Krash Kozz] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Oktober 2020.