Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyat. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat.
Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan. Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan".
Pemerintah negara-negara Skandinavia mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat mereka demi membiayai program kebajikan masing-masing.
Jadual di bawah menunjukkan; pertama, peratusan belanja kebajikan daripada KDNK untuk negara OECD terpilih; dan kedua, KDNK per kapita (PPP AS$) dalam 2001:
Nota: tiada data untuk China, India, Indonesia, Brazil, Russia dan Pakistan, kerana negara terbabit bukan ahli OECD.
Perdebatan mengenai negara kebajikan
Beberapa kritikan terhadap negara kebajikan berkisar sekitar ia menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan dan malas bekerja.
Negara kebajikan juga memaksa rakyatnya membayar cukai yang tinggi untuk mensubsidi orang lain. Penyokong idea ini melihat tindakan kerajaan ini seperti merampas hak pemilikan persendirian.
Nota kaki
^Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) (2001). "Welfare Expenditure Report"(Microsoft Excel Workbook). OECD.
^United Nations Development Programme (UNDP) (2003). "Human Development Indicators". Human Development Report 2003. New York: Oxford University Press for the UNDP. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)