Muzium ini menyimpan koleksi lebih dari 500 juta spesimen tumbuhan, haiwan, mineral, batu, meteorit, dan artifak budaya manusia. Pada tahun 2009, ia telah dilawati lebih dari 7.4 juta pelawat. Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan merupakan muzium yang paling ramai dilawati dari senarai muzium-muzium Smithson[1] Muzium ini juga menjadi rumah kepada kira-kira 185 orang saintis sejarah semulajadi professional — kumpulan saintis terbesar yang membuat kajian semulajadi dan sejarah kebudayaan di dunia.