Muzium CR7 (Museu CR7) ialah muzium yang dibuat khusus untuk menampilkan pencapaian dan anugrah yang diperoleh pemain bola sepak terkemuka Portugis, Cristiano Ronaldo. Muzium ini terletak di tempat kelahiran Ronaldo, bandar Funchal, di Pulau Madeira, Portugal.
Di atas muzium dibina pula hotel kepunyaan peribadi Ronaldo, Pestana CR7. Muzium dan hotel di Funchal itu ialah hasil kerjasama antara Ronaldo dan pelaburan di bawah naungan Kumpulan Pestana.[1] Lantai muzium semasa, dihiasi dengan gaya turapan Portugis beserta logo muzium. Muzium ini juga merupakan penaja rasmi bagi pasukan bola sepak tempatan, União da Madeira.[2][3]
Di hadapan muzium, terdapat patung gangsa Cristiano Ronaldo yang dibuat oleh pengukir tempatan, Ricardo Velosa.[4]
Sejarah
Muzium ini pertama kali dirasmikan pada tarikh ke 15 Disember 2013 oleh bekas kelab Ronaldo, Sporting CP. Pihak lain yang turut menghadiri acara kegiatan pembukaan adalah Presiden Tempatan Kerajaan Madeira Alberto João Jardim, Pepe, Paulo Bento, Emilio Butragueño dan pacar Ronaldo semasa itu, Irina Shayk.[5][6][7] Pada saat pembukaan, muzium sudah mempunyai 126 piala yang ditunjukkan kepada pelancong.[8] lokasi awal muzium terletak sekitar 400 meter dari Rua Imperatriz Dona Amélia di Sé, Funchal.[9]
Pada tarikh 24 Mac 2016, patung Ronaldo yang terbuat dari gangsa dipindahkan dari lokasi awal ke jalan di dekat Avenida Sá Carneiro. Muzium juga dipindahkan, sekaligus memulakan pembinaan hotel baharu yang dirancangkan di tapak muzium asal. Lokasi baharu tersebut sangat dekat dengan pelabuhan Funchal.[10][11]
Pada 6 Jun 2016, muzium CR7 dijalankan semula, dan muzium ini berada di Praça do Mar, masih di Sé, Funchal. Pada masa sama, Ronaldo bekerja sama dengan Kumpulan Pestana dalam pembinaan muzium dan bisnes hotel.[12][13]
Pembukaan hotel secara rasmi dilakukan pada 1 Julai 2016, dengan Ronaldo sendiri, juga dihadiri Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa, Presiden Kerajaan Tempatan Madeira Miguel Albuquerque, dan presiden Kumpulan Pestana, Dionísio Pestana.[14]
Saat perasmian hotel, plaza Praça do Mar ditukar nama menjadi Praça CR7.[15][16]
Seni bina
Seni bina yang dapat dilihat oleh para pelancong, yakni fotografi dan video-video dari pekerjaan yang dijalani Ronaldo serta gaya rambutnya (beliau dikenal oleh gaya rambutnya yang beragam setiap musim), di mana para pengunjung dapat berswafoto. Muzium ini juga nempunyai semua piala masa junior dan senior yang berjaya didapatkan Ronaldo saat bermain di kelab CF Andorinha, Nacional da Madeira, Sporting CP, Manchester United dan Real Madrid, Juventus FC serta pasukan bola sepak kebangsaan Portugal.[17][18][19]
Rujukan