Muhammad bin Aḥmad Shamsuddin al-Muqaddasi ataupun al-Maqdisi (Arab: محمد بن أحمد شمس الدين المقدسيcode: ar is deprecated , transliterasi: Muḥammad ibn Aḥmad Shams al-Dīn al-Muqaddasī/al-Maqdisī ), juga ditranslitersikan sebagai el-Mukaddasi, (c. 945/946 – 991 M) ialah seorang ahli geografi dalam Zaman Pertengahan berbangsa Arab. Beliau menghasilkan karya berjudul Kitab Aḥsan al-taqāsim fī maʿrifat al-aqālīm (كتاب احسن التقسيم فى معرفة الاقاليم) ("Kitab Pembahagian Terbaik buat Pengetahuan tentang Wilayah-wilayah").
Biografi
Al-Muqaddasi dilahirkan di Baitulmaqdis dalam tahun 946 M. Beliau mendapat pendidikan yang amat baik dan selepas menunaikan Haji di Makkah semasa berumur 20 tahun, berazam untuk mengkaji geografi. Beliau membuat beberpa siri penjelajahan yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk mengumpul maklumat; jelajah ini membawa beliau ke semua negara-negara Islam. Beliau hanya menulis buku beliau dalam tahun 985 M. Karya beliau memberikan maklumat teratur tentang kesemua tempat dan wilayah yang dilawatinya. Le Strange mengulas tentang karya Al-Muqaddasi: "Pemerian beliau tentang Palestin, dan khusunya Baitumuqaddis, banda kelahirannya, merupakan bahagian yang paling terbaik karyanya. Apa yang beliau catat adalah hasil pemerhatian beliau sendiri, dan pemerian beliau tentang adab dan amalan di pelbagai negara menunjukkan minda yang bijak dan memerhati, yang diperkukuhkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang kedua-dua buku dan manusia". (Daripada: Guy le Strange, 1890.)[1]
Rujukan
^[Guy le Strange, Palestine Under The Muslimsp.5 - p.6
Al-Muqaddasi (Basil Anthony Collins (Translator)): The Best Divisions for Knowledge of the Regions. Ahasan al-Taqasim Fi Ma'rifat al-Aqalim. Garnet Publishing, Reading, 1994, ISBN 1-873938-14-4