Muhammad I dilahirkan di kawasan Arjona dalam wilayah Jaén pada tahun 1191.
Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Yusuf, Faraj dan Ismail. Ismail menjadi gabenor Málaga semasa pemerintahan baginda (hingga 1257). Baginda juga menikmati sokongan daripada keluarga Andalus yang berkuasa yang kemudiannya menjadi saingan politik, Ashqilula. Abu'l-Hasan 'Ali ibn Ashqilula al-Tujibi membantu kebangkitan Muhammad I untuk berkuasa di Arjona pada 1232. Muhammad I mengikat persekutuan menerusi perkahwinan, samada menjadi bapa mentua atau ipar ketua keluarga Ashqilula. Persekutuan itu berterusan dengan perkahwinan lain: Fatimah, anak perempuan Abu'l-Hasan 'Ali berkahwin dengan saudara baginda, Yusuf ibn Nasr, manakala Abu Ishaq Ibrahim, anak lelaki Abu'l-Hasan 'Ali mengahwini salah seorang puteri baginda, Mu'minah.
Apabila Ismail meninggal dunia, baginda membesarkan anak-anak saudaranya, Muhammad dan Abu Said Faraj. Abu Said Faraj menjadi gabenor Málaga, menggantikan bapanya.
Salasilah keluarga di bawah memaparkan hubungan salasilah antara setiap sultan Bani Nasriyyah.[1] Ia bermula dengan nenek moyang yang sama, Yusuf al-Ahmar. Semasa ketika saingan tuntutan takhta, salasilah keluarga itu secara amnya mengiktiraf sultan yang menguasai kota Granada itu sendiri dan istana Alhambra.