Nizam Arjuna |
---|
Kelahiran | Mohd Nizam bin Pechok (1967-11-30) 30 November 1967 (umur 57)
|
---|
Warganegara | Malaysia |
---|
Pendidikan | Sekolah Menengah Vokasional Seremban |
---|
Pekerjaan | Penyanyi |
---|
Terkenal kerana | Laksamana |
---|
Pasangan | Salwati Zulkifli |
---|
Anak-anak | 4 orang |
---|
Mohd Nizam Pechok (lahir 30 November 1967) atau lebih dikenali sebagai Nizam Arjuna yang merupakan penyanyi yang terkenal sekitar era tahun 1990-an.[1]
Kehidupan awal
Mohd Nizam bin Pechok lahir pada 30 November 1967. Beliau berasal dari Kampung Buyau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengah sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan (kini Kolej Vokasional Ampangan), Seremban.[2]
Bakat dan pengaruh
Nizam mula bermain muzik pada majlis orang kahwin pada tahun 1988. Atas galakan seorang sepupu beliau, Nizam kemudiannya terus menjinakkan diri dengan dunia nyanyian.
Kerjaya seni
Nizam mengecap kejayaan dan kemasyhuran sepanjang kerjaya seni beliau bersama kumpulan Laksamana. Bersama kumpulan Laksamana, beliau telah menghasilkan dua buah album yang berjudul Syukur dan Resah. Beliau juga pernah tampil dengan sebuah album solo berjudul Memanah Bintang (1995).
Walau bagaimanapun, akibat pasaran album yang tidak menentu akibat masalah lanun cetak rompak, beliau memutuskan untuk mengundur diri daripada bidang nyanyian pada tahun 1995. Beliau kemudiannya bekerja di kedai makan milik saudara beliau di Menara Promet, Kuala Lumpur.
Selepas itu, ditawarkan kerja oleh isteri kepada bapa saudara beliau. Setelah menunjukkan kesungguhan tanpa berbelah bagi, akhirnya Nizam diberi tanggungjawab menguruskan salah satu syarikat milik bapa saudara beliau, Pestconst Services Sdn. Bhd.
Rujukan
Pautan luar