Dato’ Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan (1944-2017) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Selangor (1999-2008), mantan ADUN Kota Damansara selama sepenggal (2004-2008) dan mantan ADUN Kelana Jaya selama dua penggal (1995-2004).
Kerjaya
- Disember 1999 - Anggota Exco Selangor- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Setinggan
- Ogos 2000 - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Setinggan
- Mac 2004 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Politik
- 1995 - Ketua UMNO Bahagian Subang
- April 1995 - ADUN untuk Kelana Jaya (BN-UMNO) - Menewaskan Mohd Nor Raha Masod (S46)
- Mac 1998 - Ketua Umno Bahagian Subang untuk penggal 1998/2001
- November 1990 - ADUN Kelana Jaya (BN-UMNO) untuk penggal kedua - Menewaskan Mohd Fadzli Ab Samat (PAS)
- Mac 2004 - ADUN Kota Damansara (BN-Umno) - Menewaskan Ariff Md Yusof (PAS)
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2017 akibat kanser pankreas. Orang ramai bersedih dengan pemergian allahyarham yang banyak berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara. [2]
Rujukan