Buku komik Misi 8A dihasilkan oleh dua orang beradik iaitu Afiq & Nazry. Ia diterbitkan pada 20 Mac 2010 oleh Komik-M, iaitu sebuah anak syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 8A pada tajuk komik merujuk kepada keputusan 8A dalam PMR (Peperiksaan Menengah Rendah). Komik ini dianggap sebagai komik motivasi fiksyen pertama yang dihasilkan di Malaysia. Cerita dalam komik Misi 8A bertemakan kehidupan persekolahan, pelajaran, persahabatan dan diselitkan dengan unsur humor.
Ringkasan
Aizad adalah seorang pelajar tingkatan 3 yang bermasalah. Pada suatu hari, barangan kesayangan Aizad (seperti komputer riba, telefon bimbit dan permainan konsol) telah dirampas oleh ibunya dan untuk mendapatkan kembali, Aizad perlu cemerlang dalam peperiksaan. Selepas kejadian itu, Aizad mula belajar demi mendapatkan balik barang-barang yang dirampas. Namun, usahanya tidak berjaya, malah keputusannya menjadi lebih teruk. Kemudian, takdir telah menemukan Aizad dengan Zahid. Zahid ialah pelajar terbaik sekolah dan antara yang terbaik di seluruh Malaysia. Aizad bertekad untuk berguru dengan Zahid. Sejak itu, pelbagai perkara yang menarik berlaku.
Testimoni
Jadual di bawah menyenaraikan sebahagian daripada individu yang telah membaca komik ini berserta dengan ulasan yang diberikan.
Nama |
Peranan |
Ulasan
|
Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah |
Tokoh Motivasi Terkenal |
Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak.
|
Fadzli Yusof |
Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’ |
Belajar ialah salah satu proses menuju kejayaan, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Komik ini mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.
|
Hasrizal Abdul Jamil |
Pengasas www.saifulislam.com |
Komik Misi 8A menjadikan cabaran peperiksaan satu kembara adrenalin
yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred 8A!
|
Zamri Mohamad |
Jurulatih Kanan Akademi Penulis www.zamrimohamad.com |
Setiap halaman komik ini membuat saya teruja mahu tahu mengapa dan bagaimana menjadi superhero dalam peperiksaan! Komik Misi 8A wajib ada di tangan pelajar yang mahukan semangat dan berubah menjadi seorang yang hebat!
|
Po-G |
Pemuzik Indie Kumpulan Go! Go! Go! |
Inilah komik yang kita cari. Membaca komik ini umpama membaca buku motivasi dalam bentuk komik. Mesti dibaca oleh kaki-kaki komik serta pemuzik-pemuzik yang mahukan kelainan dalam pembacaan.
|
Wan Zuhairi |
Pengasas Komuniti Komik Alwancomics |
Komik ini membuktikan bahawa komik mampu menjadi bahan motivasi yang mapan dan unggul sekiranya kena dengan cara dan gaya yang betul.
|
Hariri Daud |
Tokoh Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia 2008 |
Komik motivasi paling efektif dan kreatif!
|
Mat Jan |
Guru Bahasa Inggeris |
Kini, komik bukan lagi musuh pendidikan.
|
Pautan luar