Verónica Michelle Bachelet Jeria (Sebutan Sepanyol: [beˈɾonika miˈtʃel batʃeˈle ˈxeɾja]; lahir 29 September 1951) ialah seorang ahli politik yang berkhidmat sebagai Presiden Chile ke-33 dan 35 dari 2006 hingga 2010 dan 2014 hingga 2018. Beliau ialah wanita pertama memegang kedudukan ini dalam sejarah negara berkenaan.
Beliau menewaskan ahli perniagaan dan bekas senator Sebastián Piñera pada pilihan raya 2006, namun ditewaskan pula pada pilihan raya 2010. Pada 15 Disember 2013, Bachelet memenangi pusingan kedua pilihan raya 2013 dengan 62% undi, dan menjadi presiden sekali lagi.[1] Beliau ialah orang pertama mendapat penggal kedua sebagai presiden sejak penggal ketiga Arturo Alessandri berakhir pada 1938.
^"Los años de Alvear y Bachelet en el Liceo 1". La Tercera (dalam bahasa Sepanyol). 10 Oktober 2004. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)