Sebagai senjata utama kereta kebal, ia hampir selalu digunakan dalam mod tembakan langsung untuk mengalahkan pelbagai sasaran darat di semua jarak, termasuk infantri yang bersembunyi, kereta perisai ringan, dan terutamanya kereta kebal berperisai berat yang lain. Ia mesti memberi ketepatan, jarak, penerobosan, dan tembakan pantas didalam satu pakej yang padat dan ringan, untuk membolehkan pemasangan pada ruang sempit turet meriam. Meriam kereta kebal biasanya menggunakan amunisi yang serba lengkap, memastikan pengisian pantas (atau penggunaan autoloader). Ia biasa menampilkan satu bonjolan pada bahagian tengah laras meriam, iaitu pengosong bor, atau alat pada muncung meriam, iaitu brek muzzle.