Mercurius (disebut [mĕr.ku.rius], listen (bantuan·maklumat) bahasa Inggeris: Mercury) merupakan suatu dewa utama dalam mitologi tamadun Rom; kepercayaan ini menganggap dia sebagai dewa perdagangan, keuntungan, persuratan dan perhubungan atau komunikasi, ramalan, perantauan dan sempadan. Dia juga dipercayai sebagai pembawa dan pemandu roh-roh orang yang telah mati ke alam barzakh.[1][2]
Dia dipercayai wujud hasil hubungan dewa Jupiter dan Maia, anak perempuan Atlas.[3]