Merck Group atau Merck KGaA, juga dikenali sebagai Merck, ialah syarikat farmaseutikal, kimia dan sains multinasional Jerman yang beribu pejabat di Darmstadt, dengan sekitar 50,000 pekerja di sekitar 70 negara.[7] Merck ditubuhkan pada 1668 dan merupakan syarikat kimia dan farmaseutikal tertua di dunia, serta salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia.[8][9]
Merck beroperasi di Eropah, Afrika, Asia, Oceania dan Amerika. Ia mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan utama di Darmstadt, Boston, Tokyo dan Beijing. Merck mempelopori pembuatan morfin komersial pada abad ke-19 dan memegang monopoli maya pada kokaina.
Merck dimiliki secara persendirian sehingga disenaraikan secara awam di Bursa Saham Frankfurt pada tahun 1995, dan disenaraikan di indeks DAX syarikat-syarikat terkemuka Jerman. Keluarga Merck masih menguasai majoriti 70.3% saham syarikat. Kumpulan Merck merangkumi sekitar 250 syarikat di 180 negara; syarikat induk utama kumpulan ini, sejak 1995, dinamakan Merck KGaA, dan dimiliki oleh bekas syarikat induk utama, E. Merck oHG, yang kini beroperasi sebagai syarikat induk.[10][11]
Syarikat famaseutikal Amerika Merck & Co. telah ditubuhkan sebagai anak syarikat Merck pada 1891, tetapi dinasionalkan oleh Amerika Syarikat pada 1917, sebelum kembali diswastakan apabila George W. Merck membeli kembali stok tersebut pada 1919.[12] Ia dikenali sebagai MSD (Merck Sharp and Dohme) di luar Amerika Utara. Merck asal dari Darmstadt memegang hak ke atas nama Merck di semua negara kecuali A.S. dan Kanada, di mana ia dikenali sebagai EMD (Emanuel Merck, Darmstadt). Pada tahun 2015 Merck menggunapakai identiti jenama seragam baru untuk semua anak-anak syarikatnya, dan syarikat itu telah menegaskan niatnya untuk melindungi jenama "Merck sebenar" di peringkat global dan memulakan litigasi terhadap bekas anak syarikatnya yang menggunakan nama itu.
Syarikat itu meraikan ulang tahun korporat ke-350 mereka pada tahun 2018.[13]
Sejarah
Merck diasaskan pada 1668 oleh Friedrich Jacob Merck, yang memperoleh pemilikan sebuah kedai farmasi kecil yang dikenali sebagai Engel-Apotheke di Darmstadt.[14][15]
Merck dinamakan secara sah E. Merck oHG sehingga 1995. Pada tahun 1995 ia disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt dan menjadi KGaA, yang dinamakan secara sah Merck KGaA.
^Palmer, A. Mitchell (April 1919). "Report of the alien property custodian on the chemical industry". Ind. Eng. Chem.11 (4): 364. doi:10.1021/ie50112a030. I am of the opinion, however, that indirect ownership of this kind cannot be recognized under the Trading-with-the-Enemy Act, and I have, therefore, determined that the whole of this stock is enemy owned and it has accordingly been taken over.
^"Merck gears up for its 350th Anniversary". Bio Spectrum. 8 February 2018. Dicapai pada 2 November 2018. Merck is celebrating its 350th anniversary. The theme of the celebration will be “Always curious - Imagine the next 350 years”.
^Merck KGaA (Editor): „Was der Mensch thun kann...“ – Ein Streifzug durch die Geschichte des pharmazeutisch-chemischen Unternehmens Merck. September 2003