Mega Man, dikenali sebagai Rockman (ロックマン, Rokkuman) di Jepun, ialah sebuah permainan video yang dimajukan dan diterbitkan oleh Capcom pada tahun 1987 bagi NES/Famicom. Ia adalah permainan video pertama yang menampilkan Mega Man selaku watak utama.
Watak
Gaya permainan
Mega Man terdiri dari enam tahap, dengan Robot Master di akhir setiap tahap mengawal senjata khas. Pemain boleh memilih untuk bermain maha-mana tahap dahulu, dan apabila kesemua enam tahap telah ditewaskan, tahap ketujuh dan terakhir akan dipaparkan di tengah-tengah skrin pemilihan tahap. Tahap terakhir ini boleh dikatakan serupa dengan empat tahap biasa yang bersambung, walaupun sesetengahnya agak pendek, tetapi dengan bos yang lebih hebat dari biasa.
Tahap
Tahap
|
Robot Master
|
Senjata (Nama Amerika)
|
Kelemahan
|
1 |
Cut Man |
Rolling Cutter (Cut Blade) |
Super Arm
|
2 |
Guts Man |
Super Arm (Guts Power) |
Hyper Bomb
|
3 |
Ice Man |
Ice Slasher |
Thunder Beam
|
4 |
Bomb Man |
Hyper Bomb |
Fire Storm
|
5 |
Fire Man |
Fire Storm |
Ice Slasher
|
6 |
Elec Man |
Thunder Beam (Elec Beam) |
Rolling Cutter
|
Kubu bos
Selepas mengalahkan kesemua Robot Master, Mega Man terpaksa menghadapi beberapa bos yang dianggap sebagai ketua akhir.
Bos
|
Kelemahan
|
Yellow Devil (awalnya dirujuk sebagai "Rock Monster" di Amerika disebabkan peraturan dalaman Nintendo Amerika mengenai rujukan keagaman) |
Thunder Beam, Fire Storm (Mega Man Powered Up)
|
Copy Robot, meniru bentuk Mega Man, tetapi tidak dapat meniru bentuk Mega Man Powered Up. |
Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)
|
CWU-01P |
Super Arm
|
Wily Machine Number 1 (Fasa I) |
Fire Storm, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)
|
Wily Machine Number 1/Wily Capsule 1 (Fasa II) |
Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)
|
Penerimaan
Mega Man mendapat tempat ke-61 dalam senarai Top 200 Nintendo Power.[1]
Rujukan
- ^ "NP Top 200", Nintendo Power, 200, m/s. 58–66, Februari 2006.
Templat:Mega Man