Mata lembu
|
|
|
|
Pengelasan saintifik
|
Alam:
|
|
(tanpa pangkat):
|
|
(tanpa pangkat):
|
|
(tanpa pangkat):
|
|
(tanpa pangkat):
|
|
Order:
|
|
Keluarga:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
F. malayana
|
Nama binomial
|
Firmiana malayana
|
Mata lembu atau kalumpang (nama botani: Firmiana malayana) ialah spesies tumbuhan berbunga dari genus Firmiana keluarga Malvaceae. Spesies ini tumbuh di tepi-tepi sungai dan kawasan-kawasan terbuka di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo.[2][3]
Pokok spesies ini ditanam sebagai tanaman hiasan.[3]
Botani
-
Daun pokok mata lembu
-
Daun pokok mata lembu
Pokok mata lembu membesar tinggi sehingga 20 meter. Kulit kayunya kelabu keperak-perakan sementara daunnya lebar dan mempunyai bulu-bulu halus di bahagian bawah. Daun-daunnya gugur selepas musim kering.[2]
Pada waktu yang sama daun-daun pokok gugur, bunga-bunganya muncul dalam jambak panjang sehingga 12-13 sm pada ketiak daun. Setiap kuntum bunga ini mempunyai 5 salut panjang berwarna jingga terang dan dipenuhi bulu; rupa bunga ini menarik burung-burung menyedut madu bunga dan dengan itu menyebarkan debunya. Bunga yang didebukan ini menjadi buah yang berbentuk sampan 7.5-10 sm panjang berisi 1-4 butir biji benih.[2][3]
Rujukan