Masjid ini berbentuk 4 segi. Kedudukan masjid yang terletak di tengah-tengah pembangunan Pekan Nanas, menyebabkan masjid tidak pernah sunyi daripada kunjungan jemaah dan penduduk setempat.
Selain itu, masjid Pekan Nanas bukan sahaja menjadi sebagai tempat beribadat, tetapi ia turut menawarkan kemudahan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan keperluan harian dari sebuah pasar mini yang terdapat di dalam pekarangan masjid. Pengurusan bangunan kedai dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan Koperasi Masjid Pekan Nanas. [2]