Masjid Jamek Syed Alwee merupakan sebuah masjid yang terletak di Pekan Batu Anam, Segamat, Johor, Malaysia.[1] Masjid ini dibina pada tahun 1997 dan siap pada 1998. Masjid ini mampu menampung jumlah jemaah seramai 3,000 orang. Ianya juga memainkan peranan penting dalam membangun dan menyampaikan ilmu agama kepada semua umat Islam di Pekan Batu Anam. Masjid ini merupakan mercu tanda bagi Pekan Batu Anam.
Lihat juga
Rujukan