Masjid India Muslim Sungai Siput adalah sebuah masjid India yang terletak di Sungai Siput, Perak. Ia bermula dengan sebuah surau kecil yang dibina pada tahun 1929. Sehingga tahun 1986, masjid yang dibuat dengan kayu dan papan ini kemudian digantikan dengan sebuah masjid yang lebih besar dan cantik. Masjid baru ini siap dibina di tapak yang sama pada tahun 1991. Kini Masjid India Muslim Sungai Siput(U) ini sudah hampir berusia 93 tahun dan merupakan salah satu mercu tanda di pintu masuk pekan Sungai Siput (U).
Senibina
Bentuk dan rupa surau kecil ini amat sederhana sewaktu itu namun surau ini yang terletak di tepi jalan utama bersebelahan dengan sebatang sungai telah menarik lebih ramai masyarakat Muslim dari pelbagai kaum untuk mengerjakan ibadat. Di sebelah surau ini terletak sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Siput. Selang beberapa tahun selepas itu surau kecil tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah muslim yang semakin ramai untuk mendirikan solat. Lantaran Itu, timbullah usaha untuk mendirikan sebuah masjid bagi menampung keperluan itu dan juga ke arah mengembangkan syiar islam secara lebih meluas.
Dengan hasil sumbangan golongan peniaga India, masjid Muslim dan orang ramai, maka pada tahun 1929, telah didirikan sebuah masjid yang agak besar. Masjid ini juga telah didirikan dengan kayu dan papan. Masjid inilah dikenali sebagai Masjid India Muslim Sungai Siput, malah inilah juga masjid pertama yang telah dibina di pekan Sungai Siput. Kedudukan masjid ini yang terletak bersebelahan dengan jalan utama laluan ke utara dan ke Kuala Lumpur telah menjadikan masjid ini tempat persinggahan para musafir yang melintasi pekan sungai siput.
Rujukan
Pautan luar