Masjid Bukit Kuari mempunyai asal namanya daripada sebuah bukit terletak di Parit Kuari, Batu Pahat. Masjid terbina hasil kerjasama orang kampung yang diketuai Haji Sogol bin Ahmad. Awalnya masjid ini hanya mempunyai tiga buah kipas siling, 6 lampu kalimantang, sebuah mimbar dan berlantaikan tikar getah sahaja.
Struktur Bangunan Masjid
Masjid Bukit Kuari ini reka bentuknya dipengaruhi oleh senibina bangunan Jawa kerana kebanyakan orang kampung yang bekerjasama membinanya berketurnan Jawa. Kawasan masjid berkeluasan 1.5 ekar manakala ketiggian masjid sebanyak 30 kaki dan luas masjid sebanyak 6000 kaki persegi.