Marvel Television ialah bekas sebuah syarikat penerbitan televisyen Amerika Syarikat yang menerbitkan rancangan televisyen aksi langsung dan animasi (menerusi Marvel Animation) dan siri langsung DVD yang berdasarkan watak-watak daripada Marvel Comics.[1][2] Bahagian ini ditempatkan dalam kawasan syarikat gabungan ABC Studios.[3] Marvel Television juga bekerjasama dengan 20th Century Fox dalam penghasilan rancangan berdasarkan francais X-Men seperti Legion dand The Gifted.[4][5][6] Bahagian ini dipindahkan ke Marvel Studios dari Marvel Entertainment pada Oktober 2019, dan ditutup dua bulan kemudiannya.[7] Marvel Television kini digunakan sebagai sebuah label sahaja.[8]