Seorang anggota parti Demokrat, beliau sebelumnya berkhidmat sebagai datuk bandar Boston ke-54 dari tahun 2014 hingga 2021.[2] Beliau sebelum ini ialah seorang ahli Dewan Perwakilan Massachusetts dari tahun 1997 sehingga 2014. Beliau mewakili daerah Suffolk ke-13.
Pencalonan beliau telah dipersetujui oleh senat dengan undian 68-29 pada 22 Mac 2021. Beliau menjadi ahli kabinet Joe Biden yang terakhir dilantik ke jawatannya.[4]