Martin Cooper juga tersenarai dalam 10 Majikan Terbaik oleh majalah Red Herring.
Panggilan telefon bimbit pertama dunia
Paten "Radio telephone system" (sistem radio telefon) difailkan atas name Cooper pada 17 Oktober1973.[3]
Beliau diiktiraf sebagai pereka telefon bimbit pertama dan juga orang pertama yang membuat panggilan telefon bimbit yang mengagumkan orang awam di New York pada 3 April1973. Panggilan tersebut ditujukan kepada pesaing beliau, ketua penyelidikan, Dr. Joel S. Engel, Bell Labs, sekaligus membuka mata pelbagai pihak dan menyebabkan peralihan pasaran fundamental teknologi dan komunikasi. Ini adalah kerana visi beliau untuk mewujudkan komunikasi peribadi tanpa wayar, berbeza dengan telefon selular kereta pada masa itu. Cooper kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah memperoleh inspirasi untuk melakukan penyelidikan telefon bimbit itu menerusi watak Captain Kirk yang menggunakan alat komunikasi yang dipanggil "communicator" dalam rancangan televisyen terkenal Star Trek. [4]