Mare Tranquillitatis (bahasa Inggeris: Sea of Tranquil[l]ity, "Laut Ketenangan") ialah mare qamari yang terletak dalam lembangan Tranquillitatis di Bulan. Mare ini dinamakan dalam peta qamari Almagestum novum milik Francesco Grimaldi dan Giovanni Battista Riccioli pada tahun 1651.[3][4]
Kawasan ini menjadi tempat pendaratan manusia pertama tiba di Bulan, di mana Neil Armstrong dan Buzz Aldrin melangkah keluar dari Modul Lunar Apollo 11 bernama Eagle berikutan pendaratan ia yang lancar di sana pada 20 Julai 1969, jam 20:18 UTC. Titik tepat kawasan pendaratan ini pada koordinat 0.8° N, 23.5° E turut diberi namaStatio Tranquillitatis (“Tranquility Base”) serta beberapa kawah kecil di bahagian utaranya iaitu Aldrin, Collins dan Armstrong sempena anak-anak kapal program Apollo 11 itu.[5]
Rujukan